INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, December 17, 2010

LAMAN BERITA & AKTIVITI KELUARGA

Salam..

Apa khabar semua?

Hummrmm...lama juga saya tak mencatat sesautu di sini..

Ya di sini..di ruang dan laman di mana saya mencatat sesuatu untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat...

Alhamdulillah...Kini, laman rasmi saya adalah

Memandangkan blogspot saya ni masih lagi on, maka saya akan menjadikan blog ini untuk berita dan aktiviti keluarga, Insya Allah.

Malam ni tak ke mana-mana. Apa lagi....ambil peluang updatekan website dan blog.


Read more...

Tuesday, October 26, 2010

MAKLUMAN PERPINDAHAN OPERASI KE WWW.SAHABATAMAL.COM

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;

Kepada yang dikasihi kaum keluarga, sahabat handai dan sekelian warga Komuniti Sahabat Amal yang dimuliakan.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa bermula Nov 2010 ini, web rasmi mewakili diri, tulisan, produk dan aktiviti saya adalah sepenuhnya di www.sahabatamal.com. manakala blog www.ustaz-amal.blogspot yang saya kendalikan 3 tahun lalu iaitu sejak Mac 2007 akan terus di aktifkan sebagai diari keluarga.

Saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih di atas doa,sokongan dan segala nasihat yang telah diberikan oleh sekelian sahabat yang budiman.Kebaikan sahabat sekelian tidak akan dilupakan. Walaupun berpindah ke premis baru,Insya Allah segala kenangan indah bersama sahabat sekelian melalui blog ini tidak akan dilupakan. Di blog inilah saya telah mengasah bakat saya, memperolehi ramai sahabat baru bahkan tiga buah buku saya adalah bermula dari artikel-artikel yang dipaparkan di sini. Alhamdulillah. Semuanya di atas kurniaanNya.

Semoga penghijrahan ke premis (sesawang baru)akan menghasilkan natijah yang baik, faedah yang banyak, pahala yang berterusan, manfaat yang berganda buat kita semua khasnya buat islam yang tercinta. Teruskan persahabatan kita di www.sahabatamal.com.Hebahkan kepada rakan-rakan kita yang lain. Jumpa di sana!

Assalamu'alaikum Warahmatullah.
27 Okt 2010
Saujana Utama.


Read more...

Sunday, October 24, 2010



Read more...

Saturday, October 16, 2010

PENAWAR BUAT ORANG BERIMAN


Allah SWT berjanji bahawa hidup anda tidak akan tersesat selama anda tinggal di dunia ini.

Anda juga tidak akan terpesong di waktu orang-orang lain tersesat dan terpesong.

Anda tidak akan tersesat dan terpesong kerana anda sentiasa berada di dalam hidayah, pedoman, rahmat dan petunjukNya.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya al quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus." (Surah Isra ayat 9).

Firman Allah lagi: "Dan Kami turunkan dari al quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al Isra ayat 82).

Bahkan Allah juga berjanji bahawa anda sama sekali tidak akan sengsara di akhirat nanti di kala orang-orang lain terjelepuk menderita sengsara.

Namun, janji Allah ini untuk siapa? Ditujukan kepada siapa?

Apakah janji Allah ini untuk orang yang lupa kepadaNya?
Orang yang membelakangi ajaranNya?
Orang yang meremehkan peringatanNya?
Orang yang membantah perintah dan larangNya?
Orang yang sombong kepadaNya?

Tidak sama sekali!

Anugerah istimewa ini Allah peruntukkan hanya kepada orang yang semasa dunianya dahulu tekun serta istiqamah membaca al quran kemudian mempraktikan isi kandungnya, patuh melaksanakan perintah dan menjauhi semua laranganNya.

Itulah janji Allah kepada mereka dan Allah SWT tidak pernah memungkiri janji-janjiNya.


Read more...

Thursday, October 14, 2010

MUNSYIDIN MALAYSIA BERSAMA MAHER ZAIN




Majlis taaruf & silaturrahim yang menemukan rakan-rakan Munsyidin Malaysia dgn Sdr Maher Zain pada 13 Okt 2010 di Restoren Puteri, Tmn Tun Dr Ismail, KL anjuran Inteam Records.


Read more...
 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial